Petua cara kawal paras gula yang ramai pesakit kencing manis tak tahu
Pernah tak tuan-tuan rasa..
- Cepat lapar?
- Cepat haus?
- Kerap buang air kecil?
- Selalu dapat jangkitan kulit?
Kalau ya, tuan-tuan mungkin menghidap penyakit kencing manis (diabetes). Silalah buat pemeriksaan kesihatan .
Pada tahun 2019, seramai 3.9 juta rakyat Malaysia mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi. Ia dijangka meningkat pada tahun 2025.
Kalau tidak dikawal, tuan-tuan bakal mengundang macam-macam komplikasi seperti:
- penyakit jantung
- masalah buah pinggang
- mata merosot
- gangguan sistem saraf
- lemah tenaga syahwat
Oleh itu, harus amalkan gaya hidup sihat agar terhindar daripada komplikasi paras gula yang tinggi dalam darah.
Baca seterusnya untuk tips mengawal paras gula dalam darah tuan-tuan.
Petua Kawal Paras Gula Dalam Darah
1. Diet makanan
Diet seimbang dan berkhasiat boleh menguatkan sistem imuniti badan dan melindungi diri daripada macam-macam penyakit.
Untuk tuan-tuan yang ada kencing manis, pelan pemakanan khusus seperti berikut akan membantu menoormalkan paras gula dalam darah :
- Kurangkan roti putih, pasta, dan minuman berkarbonat
- Tambahkan sayur-sayuran, buah-buahan, oats, dan makanan bijiran penuh
- Ambil sumber protein yang kurang lemak (lean meat) seperti ikan, ayam (tanpa kulit), taufu, dan kacang soya.
Untuk orang yang ambil insulin, elakkan tidak makan lebih dari 4 jam sebab tuan-tuan boleh dapat masalah hipoglisemia (kurang gula yang bahaya).
Tetapkan jadual makan selari dengan waktu ambil ubat seperti dinasihatkan oleh doktor.
2. Lakukan aktiviti fizikal supaya kekal cergas
Senaman boleh menurunkan tahap HbA1c (kadar glukosa dalam darah) sebanyak 0.7%. Ia juga membantu dalam:
- mengurangkan berat badan
- merendahkan kadar kolesterol
- membantu mengawal kandungan gula
- membantu sel-sel badan meningkatkan sensitiviti insulin.
Anda boleh melakukan senaman ringan seperti :
- berjalan
- ‘jogging’
- berbasikal
- ataupun senamrobik.
Disyorkan lakukan senaman sekurang-kurangnya selama 150 minit dalam seminggu atau 30 minit sehari supaya mudah untuk anda ikuti.
3. Jangan Merokok
Tabiat merokok merisikokan anda kepada pelbagai peyakit, antaranya:
- penyakit kencing manis
- darah tinggi
- masalah jantung
- masalah paru-paru
- kanser
- mati pucuk
Perokok akan lebih cendurung (sebanyak 30-40%) kepada penyakit diabetes jenis 2 berbanding yang tidak merokok. Ia juga akan:
- menyukarkan pengawalan paras gula dalam darah
- meningkatkan risiko komplikasi penyakit kencing manis.
Kalau anda seorang perokok, terbaik untuk anda kalau dapat berhenti merokok.
4. Suplemen makanan
Hati-hati semasa pilih suplemen yang macam-macam dipasaran sebab sebahagiannya ada kesan sampingan bila digunakan dalam jangka masa panjang.
Ambil ia sebagai makanan tambahan dan bukan untuk mengganti ubat ubat kencing manis.
Rujuk kepada doktor untuk dapatkan nasihat suplemen yang sesuai untuk anda. Antara suplemen yang boleh anda gunakan adalah:
- Antioxida: merendahkan ‘insulin resistance’ dan bantu mengawal kandungan gula dalam darah
- Vitamin B6: membantu membaik pulih toleransi glukosa
- Vitamin B12: melindungi sel saraf daripada kerosakan akibat kadar glukosa dalam darah yang tinggi
- Coenzyme Q10: mempercepatkan kadar metabolisme karbohidrat
- Carnitine: sesuai untuk yang ada kolesterol tinggi, ia membantu memecahkan lemak dalam badan untuk digunakan sebagai sumber tenaga.
- Biotin: berfungsi selaras dengan insulin dalam penyerapan glukosa dalam badan.
5. Penawar Tradisional
Bagi tuan-tuan yang ingin cuba cara tradisional untuk atasi penyakit kencing manis, berikut ada beberapa cadangan. Antaranya :
-
- Peria katak
– Peria katak bertindak seperti insulin dengan memberikan kesan hipoglisemia.
- Peria katak
-
- Lidah buaya
– Ia membantu menurunkan kadar glukosa
– Ia juga boleh merendahkan kandungan lemak dalam badan
– Turut digunakan juga untuk merawat luka kencing manis.
- Lidah buaya
-
- Kayu manis
– Penggunaan kayu manis meningkatkan sensitiviti terhadap insulin
– Merendahkan kadar kolesterol dalam badan.
- Kayu manis
-
- Halba
– Halba mempunyai kandungan serat larut yang tinggi.
– Boleh melambatkan penyerapan glukosa serta melambatkan pengosongan perut.
– Merendahkan kadar glukosa darah selepas makan dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2.
- Halba
- Ginseng
– Ginseng berupaya meningkatkan daya imunisasi badan serta pembekal tenaga yang baik.
– Ginseng Panax dan Ginseng Amerika amat popular dalam menurunkan kadar glukosa darah.
Apapun, kalau tuan-tuan mengesyaki atau menghidap kencing manis, dapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat serta rujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang suplemen atau produk lain di luar sana.
Patuhi nasihat doktor dan ambil ubat anda seperti yang disarankan. Jangan lupa periksa paras gula dalam darah serta jalani pemeriksaan kesihatan lain seperti paras kolesterol dan juga tekanan darah tinggi.
Apapun, kalau tuan-tuan mengesyaki atau menghidap kencing manis, dapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat serta rujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang suplemen atau produk lain di luar sana.
Patuhi nasihat doktor dan ambil ubat anda seperti yang disarankan. Jangan lupa periksa paras gula dalam darah serta jalani pemeriksaan kesihatan lain seperti paras kolesterol dan juga tekanan darah tinggi.
All Rights Reserved. 2020-2021 © XFINITE.MY